Thursday, 25 February 2016

Jungle Tracking

21 Februari 2016

Pada minggu lepas, para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti "Jungle tracking" yang telah diketuai oleh En.Azmi dan En.Kiru yang bertempat di Kolej Matrikulasi Kelantan.Aktiviti tersebut berlangsung pada jam 11.15 pagi dengan dimulakan dengan bacaan doa serta aktiviti memanaskan badan.

Beberapa orang pelajar diberi satu beg plastik hitam untuk mengutip sampah sepanjang aktiviti"Jungle Tracking".Kami bergerak dalam satu barisan mendaki bukit berdekatan dengan kolej



Wednesday, 24 February 2016

AKTIVITI KAWAD KAKI STATIK

Ahad, 3 Januari 2016

Pada minggu ini setiap kelas kokurikulum perlu melakukan aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini telah dibimbing oleh salah seorang pensyarah Kokurikulum iaitu En Azmi.

Kami diberi pendedahan mengenai aktiviti kawad kaki ini. Minggu ini En Azmi telah mengajar cara-cara untuk memberi arahan kepada ketua platun. Dua orang pelajar telah lelaki dan perempuan telah tampil berani ke hadapan untuk memberi arahan kepada kami semua.

Kami juga diberi pendedahan mengenai kawad statik dan cara untuk hentak kaki dengan betul bagi pelajar lelaki mahupun perempuan.





Antara bahasa hukuman kawad statik ialah :


1.   Baris dalam tiga barisan mengikut paras.


2.   Komander  :   Buka barisan gerak...


      Tindakan    :   Baris hadapan 1 langkah kiri kehadapan  dan kanan hentak.


                             Baris belakang 1 langkah kiri kebelakang dan kanan hentak


3.   Komander :    Baris..Ke kanan lurus ... Pandang depan...


      Tindakan   :    Angkat tangan kanan paras bahu


                             Kepala ke kanan


                             Kaki bergerak untuk meluruskan barisan


                             Tangan turun dan kepala pandang depan semula


4.   Komander :    Baris senang diri..


      Tindakan   :    Kaki kanan hentak jarak dari kaki kiri


                             dan tangan ke belakang punggung


5.    Komander :   Baris...baris sedia..


      Tindakan    :   Kaki kanan hentak dan rapat ke kaki kiri


                             Dan tangan berada ke sisi badan


6.    Komander :   Bergerak ke kiri...kiri pusing


       Tindakan   :   Badan pusing ke kiri....kaki kiri hentak


7.    Komander :    Bergerak ke kanan...kanan pusing


       Tindakan   :    Badan pusing ke kanan...kaki kanan hentak


8.    Komander :    Baris akan menghadap ke hadapan ... kiri / kanan pusing


      Tindakan    :    Pusing menghadap ke kedudukan komander


9.    Komander :    Dari kiri...hentak kaki.. /   Baris...henti..


       Tindakan   :    Hentakan dimulai kaki kiri


                              Perkataan henti pada kaki kiri..check satu dua.. kaki kanan berhenti

Sunday, 14 February 2016

Pada minggu pertama sesi pembelajaran semester 2 , kami telah menghadirkan diri buat julung-julung kalinya ke dalam kelas kokurikulum yang diterajui oleh pensyarah-pensyarah kokurikulum . Pada awalnya , kami diberi taklimat tentang segala perjalanan kelas kokurikulum sepanjang semester 2 berlangsung . Taklimat tersebut disampaikan oleh Sir Kiru . Kelas kami dibawah pemantauan Madam Hazlina Fairuz .