Saturday, 5 March 2016

Kertas Kerja Program

Pada minggu ini iaitu (6 Desember 2016) Pn Noorhazlina Fairuz bt Fauzi iaitu pensyarah kokurikulum kami telah memberi tugasan pertama iaitu Cara-cara Membuat Kertas Kerja.

Setiap kelas tutoran perlu menghantar satu kertas kerja pada minggu berikutnya.Kami telah diberikan beberap contoh kertas kerja sebagai rujukan. 

Kami bercadang untuk melakukan program mendaki bukit di Bukit Kluang,Terengganu. Kami telah membahagikan tugas untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.

DEFINISI KERTAS KERJA
·      
  •             Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

  •             Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

       Ciri-ciri kertas kerja yang baik:

  •  Penggunaan bahasa yang baik
  • Ketekalan penulisan
  • Ringkas,tepat dan padat
  • Penomboran yang sesuai
  • Penggunaan laras yang betul
  • Maklumat yang lengkap
  • Keutuhan wacana
  • Kepanjangan yang sesuai

contoh format pengenalan,latar belakang, dan objektif
contoh perkara yang perlu ada dalam kertas kerja





\


28 Februari 2016

Khidmat Masyarakat 
Pada minggu ke 12, para pelajar ditugaskan untuk membersihkan dan menyusun atur kerusi di Dewan Ibnus Yunus memandangkan kebersihan dewan pada ketika itu kurang memuaskan.

Selain dapat menjayakan tugasan tersebut,mereka juga telah merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka serta pensyarah.
KEMPEM KESIHATAN( 10 Jan 2016)

Pada minggu ini,kami diberi tugas untuk merancang kempem kesihatan. tujuan kempem ini diadakan adalah untuk mengalakkan pelajar matrikulasi mengamalkan gaya hidup sihat. Kononnya dikatakan pelajar kmkt suka menjaga lemak masing masing. Jadi sila ambik perhatian yee semua.... hehehee :)







  

Khidmat Masyarakat dan Aktiviti Riadah

Sunday, 3 March 2016

Pada minggu ini, kelas kokurikulum kami diarahkan untuk melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. En. Azmi mengarahkan kami untuk mengangkat peralatan muzik ke bilik muzik dari bilik squash.

Setelah selesai kerja-kerja tersebut, kami para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah. Antaranya ialah bermain badminton, bola jaring,squash dan pelbagai permainan lagi.




Minggu ke 5 ( 20 DECEMBER 2015 )


BADMINTON :)

Pada minggu ini , kami dibenarkan untuk bermain badminton . Sir Azmi memberikan sedikit taklimat kepada kami sebelum kami dibenarkan untuk beriadah .

Kami bermain secara beregu pada permulaanya , Alif bertarung dengan Nik pada mulanya . Setelah beberapa ketika , Alif memenangi permainan itu . Naiyana pula mengantikan tempat Nik untuk berlawan dengan Alif . Saya , Nuresha dan Nik Azra berada di tepi gelanggang untuk memberikan sorakan kepada mereka . Hhahaha , paling lucu adalah kami bertiga hanya menyokong Naiyana sahaja . hahahahaha . Sori ye alif . hehe ..





Begitulah seterusnya , kami saling bertukar ganti tatkala bermain itu . Sejujurnya , saya memang tidak reti nak main badminton ni . hahha . amik tohh , tubik bahase ganu kiterrr .. ahahaha . Tapi saya main hentam jaa . ahahaha . Main untuk seronok seronok saja , melepaskan stress kata orang .



 Perlawanan beregu :)




sukaneka 13/12/2016

kakiku kotor bermain sukan
pada minggu ini kami melakukan aktiviti sukaneka antara kumpulan tutoran kami. aktiviti ini amat menyeronokkan kerana kami yang menciptakan setiap permainan yang akan dimain oleh ahli kumpulan kami. antara permainan adalah.
  1. adik dekcok.
  2. toing toing lambung
  3. lompat kaki
  4.  galah panjang
itu adalah salah satu permainan yang direka oleh kami. antara input input yang kami dapat adalah. pertama sekali semagat bekerjasama antara ahli pasukan.aktiviti kami disertai seramai 8 orang.aktiviti ini dipantau oleh madam noorhazlina fairuz binti fauzi
  PERTANDINGAN KAWAD KAKI

  Minggu ke 10 (14 feb 2016), setelah latihan kawad kaki dijalankan beberapa kali semasa kelas kokurikulum,maka kami tibalah  dengan pertandingan kawad kaki diantara pratikum bagi me. Bagi S3AT1,kami mendapat giliran yang terakhir ( giliran ke-5). Pertandingan kawad kaki ini dikendalikan oleh Sir Azmi dan Sir Kiru sebagai pengadil pertandingan ini. Kami diberi masa 30 minit untuk bersedia dan membuat latihan dalam kumpulan.











 Kawad kaki ini dipertandingkan dalam beberapa aspek iaitu
1)keseragaman
2)disiplin dalam kumpulan
3)kerjasama
4)kelantangan suara










Giliran ke-5 dan mendapat juga tempat ke-5 dalam pertandingan kawad kaki diantara pratikum merupakan pengalaman yang tidak mungkin kami lupa sepanjang berada di dunia matrikulasi. hehehe. ekau hado?