Kertas Kerja Program
Pada minggu ini iaitu (6 Desember 2016) Pn Noorhazlina Fairuz bt Fauzi iaitu pensyarah kokurikulum kami telah memberi tugasan pertama iaitu Cara-cara Membuat Kertas Kerja.
Setiap kelas tutoran perlu menghantar satu kertas kerja pada minggu berikutnya.Kami telah diberikan beberap contoh kertas kerja sebagai rujukan.
Kami bercadang untuk melakukan program mendaki bukit di Bukit Kluang,Terengganu. Kami telah membahagikan tugas untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.
DEFINISI KERTAS KERJA
·
- Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.
- Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Ciri-ciri kertas kerja yang baik:
- Penggunaan bahasa yang baik
- Ketekalan penulisan
- Ringkas,tepat dan padat
- Penomboran yang sesuai
- Penggunaan laras yang betul
- Maklumat yang lengkap
- Keutuhan wacana
- Kepanjangan yang sesuai
contoh format pengenalan,latar belakang, dan objektif |
contoh perkara yang perlu ada dalam kertas kerja |
\
No comments:
Post a Comment