Saturday, 5 March 2016

Kertas Kerja Program

Pada minggu ini iaitu (6 Desember 2016) Pn Noorhazlina Fairuz bt Fauzi iaitu pensyarah kokurikulum kami telah memberi tugasan pertama iaitu Cara-cara Membuat Kertas Kerja.

Setiap kelas tutoran perlu menghantar satu kertas kerja pada minggu berikutnya.Kami telah diberikan beberap contoh kertas kerja sebagai rujukan. 

Kami bercadang untuk melakukan program mendaki bukit di Bukit Kluang,Terengganu. Kami telah membahagikan tugas untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.

DEFINISI KERTAS KERJA
·      
  •             Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

  •             Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

       Ciri-ciri kertas kerja yang baik:

  •  Penggunaan bahasa yang baik
  • Ketekalan penulisan
  • Ringkas,tepat dan padat
  • Penomboran yang sesuai
  • Penggunaan laras yang betul
  • Maklumat yang lengkap
  • Keutuhan wacana
  • Kepanjangan yang sesuai

contoh format pengenalan,latar belakang, dan objektif
contoh perkara yang perlu ada dalam kertas kerja





\


28 Februari 2016

Khidmat Masyarakat 
Pada minggu ke 12, para pelajar ditugaskan untuk membersihkan dan menyusun atur kerusi di Dewan Ibnus Yunus memandangkan kebersihan dewan pada ketika itu kurang memuaskan.

Selain dapat menjayakan tugasan tersebut,mereka juga telah merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka serta pensyarah.
KEMPEM KESIHATAN( 10 Jan 2016)

Pada minggu ini,kami diberi tugas untuk merancang kempem kesihatan. tujuan kempem ini diadakan adalah untuk mengalakkan pelajar matrikulasi mengamalkan gaya hidup sihat. Kononnya dikatakan pelajar kmkt suka menjaga lemak masing masing. Jadi sila ambik perhatian yee semua.... hehehee :)







  

Khidmat Masyarakat dan Aktiviti Riadah

Sunday, 3 March 2016

Pada minggu ini, kelas kokurikulum kami diarahkan untuk melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. En. Azmi mengarahkan kami untuk mengangkat peralatan muzik ke bilik muzik dari bilik squash.

Setelah selesai kerja-kerja tersebut, kami para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah. Antaranya ialah bermain badminton, bola jaring,squash dan pelbagai permainan lagi.




Minggu ke 5 ( 20 DECEMBER 2015 )


BADMINTON :)

Pada minggu ini , kami dibenarkan untuk bermain badminton . Sir Azmi memberikan sedikit taklimat kepada kami sebelum kami dibenarkan untuk beriadah .

Kami bermain secara beregu pada permulaanya , Alif bertarung dengan Nik pada mulanya . Setelah beberapa ketika , Alif memenangi permainan itu . Naiyana pula mengantikan tempat Nik untuk berlawan dengan Alif . Saya , Nuresha dan Nik Azra berada di tepi gelanggang untuk memberikan sorakan kepada mereka . Hhahaha , paling lucu adalah kami bertiga hanya menyokong Naiyana sahaja . hahahahaha . Sori ye alif . hehe ..





Begitulah seterusnya , kami saling bertukar ganti tatkala bermain itu . Sejujurnya , saya memang tidak reti nak main badminton ni . hahha . amik tohh , tubik bahase ganu kiterrr .. ahahaha . Tapi saya main hentam jaa . ahahaha . Main untuk seronok seronok saja , melepaskan stress kata orang .



 Perlawanan beregu :)




sukaneka 13/12/2016

kakiku kotor bermain sukan
pada minggu ini kami melakukan aktiviti sukaneka antara kumpulan tutoran kami. aktiviti ini amat menyeronokkan kerana kami yang menciptakan setiap permainan yang akan dimain oleh ahli kumpulan kami. antara permainan adalah.
  1. adik dekcok.
  2. toing toing lambung
  3. lompat kaki
  4.  galah panjang
itu adalah salah satu permainan yang direka oleh kami. antara input input yang kami dapat adalah. pertama sekali semagat bekerjasama antara ahli pasukan.aktiviti kami disertai seramai 8 orang.aktiviti ini dipantau oleh madam noorhazlina fairuz binti fauzi
  PERTANDINGAN KAWAD KAKI

  Minggu ke 10 (14 feb 2016), setelah latihan kawad kaki dijalankan beberapa kali semasa kelas kokurikulum,maka kami tibalah  dengan pertandingan kawad kaki diantara pratikum bagi me. Bagi S3AT1,kami mendapat giliran yang terakhir ( giliran ke-5). Pertandingan kawad kaki ini dikendalikan oleh Sir Azmi dan Sir Kiru sebagai pengadil pertandingan ini. Kami diberi masa 30 minit untuk bersedia dan membuat latihan dalam kumpulan.











 Kawad kaki ini dipertandingkan dalam beberapa aspek iaitu
1)keseragaman
2)disiplin dalam kumpulan
3)kerjasama
4)kelantangan suara










Giliran ke-5 dan mendapat juga tempat ke-5 dalam pertandingan kawad kaki diantara pratikum merupakan pengalaman yang tidak mungkin kami lupa sepanjang berada di dunia matrikulasi. hehehe. ekau hado?


kawad kaki dinamik (minggu k9)

minggu ini kami diberi latihan tentang kawad dinamik. kami diberi penegasan tentang cara menghentak kaki dengan cara yang betul supaya tidak berlaku sebarang kesakitan semasa berkawad kaki. aktiviti ini melibat kawalan fizikal dan mental. kami melakukan latihan kawad kaki ini pada 17/1/2016 minggu kesembilan.
ini adalah sedikit sebanyak cara kawad:
6.3  Kawad Statik:
6.3.1 Pasukan dibawa masuk oleh Ketua Pasukan ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
6.3.2 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.
6.3.3 Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
6.3.4 Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
6.3.5 Melapor. Ketua Pasukan melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Pasukan melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum Tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih tuan”.
6.3.6 Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
6.3.7 Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Pasukan diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
6.3.8 Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.”  “pandang....depan”.
6.3.9 Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
6.3.10 Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, kanan..pusing”
6.3.11 Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, belakang....pusing”.
6.3.12 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.
6.3.13 Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
6.3.14 Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”. ( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
6.3.15 Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah pasukan melepasi kon D dan sebelum kon A. (Perlahan jalan langkah 60 – 70 langkah dalam satu minit)
6.3.16 Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota pasukan selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Pasukan akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
6.3.17 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, pasukan di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
6.3.18 “buka barisan”  (dalam perlahan jalan)
6.3.19 “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
6.3.20 “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
6.3.21 “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
6.3.22 Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”  diberikan.
6.3.23 Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.
6.3.24 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
6.3.25 Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
6.3.26 Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
6.3.27 Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
6.3.28 Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
6.3.29 Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”.
6.3.30 Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
6.3.31 Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.
6.3.32 Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
6.3.33 Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, belakang......pusing”.
6.3.34 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
6.3.35 Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
6.3.36 Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
6.3.37 Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Pasukan akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
6.3.38 Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).
6.3.39 KAWAD FORMASI (SEKOLAH MENENGAH SAHAJA)
6.4 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

g)  Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur
     tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan
     sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :
i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.

  MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )


Catatan (1):
Semasa kawad statik, tidak ada suara dari anggota pasukan, hanya hukuman Ketua Pasukan sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri adalah TIDAK DIBENARKAN)
Ketua Pasukan memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Pasukan akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama pasukannya.
Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa sebarang alatan.
Isyarat tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa.
Ketua Pasukan dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.(Bahasa hukuman : Assalamualaikum /Selamat pagi / petang tuan. Mohon kebenaran menjalankan tugas lain …… tuan.)


 kesimpulan:
kami dapat banyak informasi tentang bagaimanana hendak melakukan kawad statik dengan betul.

Senamrobik

Sunday, 3/1/2016

Pada minggu ini, kelas kokurikulum telah mengadakan aktiviti senamrobik. Semua pelajar terlibat dengan aktivi tersebut. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Noorhazlina Fairuz Binti Fauzi di Kolej Matrikulasi Kelantan.

Aktiviti senamrobik ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Beberapa orang pelajar diarahkan untuk mengiringi Puan Noorhazlina sebagai contoh kepada pelajar lain.

                                             sebelum aktiviti senamrobik dimulakan

Ikatan Anduh

Minggu ke 6 ( 27 DECEMBER 2015 )

Pada kelas koko minggu ini, kami mempelajari jenis-jenis balutan seperti pembalut
cincin,anduh kecil , anduh untuk kecederaan pada kepala , di peha dan ditangan .Madam Haslina telah memberikan satu situasi kecemasan kepada kami . kami dipanggil secara berdua untuk melakonkan dan membuat kain anduh sebagai langkah pertolongan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan . Kami juga diperkenalkan dengan ubat ubatan yang terdapat dalam kotak first aid . Kami sangat seronok ingin mempelajari teknik teknik yang bakal diajar kepada kami . Hal ini merupakan satu ilmu baharu buat kami . kami boleh mengaplikasikan apabila berlaku kecemasan atau kemalangan di sekitar kami .

Disini saya sertakan cara cara membuat lipatan kain anduh untuk balutan cincin.

  •  Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.
  • Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.

Seterusnya kami mempelajari cara cara untuk membuat anduk kecil.

  • Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
  • bucu atas kain anduh di atas tangan.
  • -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
  • -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan






Thursday, 25 February 2016

Jungle Tracking

21 Februari 2016

Pada minggu lepas, para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti "Jungle tracking" yang telah diketuai oleh En.Azmi dan En.Kiru yang bertempat di Kolej Matrikulasi Kelantan.Aktiviti tersebut berlangsung pada jam 11.15 pagi dengan dimulakan dengan bacaan doa serta aktiviti memanaskan badan.

Beberapa orang pelajar diberi satu beg plastik hitam untuk mengutip sampah sepanjang aktiviti"Jungle Tracking".Kami bergerak dalam satu barisan mendaki bukit berdekatan dengan kolej



Wednesday, 24 February 2016

AKTIVITI KAWAD KAKI STATIK

Ahad, 3 Januari 2016

Pada minggu ini setiap kelas kokurikulum perlu melakukan aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini telah dibimbing oleh salah seorang pensyarah Kokurikulum iaitu En Azmi.

Kami diberi pendedahan mengenai aktiviti kawad kaki ini. Minggu ini En Azmi telah mengajar cara-cara untuk memberi arahan kepada ketua platun. Dua orang pelajar telah lelaki dan perempuan telah tampil berani ke hadapan untuk memberi arahan kepada kami semua.

Kami juga diberi pendedahan mengenai kawad statik dan cara untuk hentak kaki dengan betul bagi pelajar lelaki mahupun perempuan.





Antara bahasa hukuman kawad statik ialah :


1.   Baris dalam tiga barisan mengikut paras.


2.   Komander  :   Buka barisan gerak...


      Tindakan    :   Baris hadapan 1 langkah kiri kehadapan  dan kanan hentak.


                             Baris belakang 1 langkah kiri kebelakang dan kanan hentak


3.   Komander :    Baris..Ke kanan lurus ... Pandang depan...


      Tindakan   :    Angkat tangan kanan paras bahu


                             Kepala ke kanan


                             Kaki bergerak untuk meluruskan barisan


                             Tangan turun dan kepala pandang depan semula


4.   Komander :    Baris senang diri..


      Tindakan   :    Kaki kanan hentak jarak dari kaki kiri


                             dan tangan ke belakang punggung


5.    Komander :   Baris...baris sedia..


      Tindakan    :   Kaki kanan hentak dan rapat ke kaki kiri


                             Dan tangan berada ke sisi badan


6.    Komander :   Bergerak ke kiri...kiri pusing


       Tindakan   :   Badan pusing ke kiri....kaki kiri hentak


7.    Komander :    Bergerak ke kanan...kanan pusing


       Tindakan   :    Badan pusing ke kanan...kaki kanan hentak


8.    Komander :    Baris akan menghadap ke hadapan ... kiri / kanan pusing


      Tindakan    :    Pusing menghadap ke kedudukan komander


9.    Komander :    Dari kiri...hentak kaki.. /   Baris...henti..


       Tindakan   :    Hentakan dimulai kaki kiri


                              Perkataan henti pada kaki kiri..check satu dua.. kaki kanan berhenti

Sunday, 14 February 2016

Pada minggu pertama sesi pembelajaran semester 2 , kami telah menghadirkan diri buat julung-julung kalinya ke dalam kelas kokurikulum yang diterajui oleh pensyarah-pensyarah kokurikulum . Pada awalnya , kami diberi taklimat tentang segala perjalanan kelas kokurikulum sepanjang semester 2 berlangsung . Taklimat tersebut disampaikan oleh Sir Kiru . Kelas kami dibawah pemantauan Madam Hazlina Fairuz .