minggu ini kami diberi latihan tentang kawad dinamik. kami diberi penegasan tentang cara menghentak kaki dengan cara yang betul supaya tidak berlaku sebarang kesakitan semasa berkawad kaki. aktiviti ini melibat kawalan fizikal dan mental. kami melakukan latihan kawad kaki ini pada 17/1/2016 minggu kesembilan.
ini adalah sedikit sebanyak cara kawad:
6.3
Kawad Statik:
6.3.1
Pasukan
dibawa masuk oleh Ketua Pasukan ke litar pertandingan dengan 3 barisan,
berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah)
Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan
yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
6.3.2
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.
6.3.3
Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
6.3.4
Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
6.3.5
Melapor.
Ketua Pasukan melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa
Ketua Pasukan melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka
barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum Tuan,
Pasukan Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih
tuan”.
6.3.6
Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
6.3.7
Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Pasukan diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
6.3.8
Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.” “pandang....depan”.
6.3.9
Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
6.3.10
Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, kanan..pusing”
6.3.11
Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, belakang....pusing”.
6.3.12
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.
6.3.13
Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
6.3.14
Berjalan
dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok,
beri hukuman “kiri belok”. ( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
6.3.15
Hukuman
‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah pasukan
melepasi kon D dan sebelum kon A. (Perlahan jalan langkah 60 – 70
langkah dalam satu minit)
6.3.16
Hukuman
“kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
apabila semua anggota pasukan selesai membelok, hukuman “menghadap ke
hadapan, kanan....pusing” diberikan. Pasukan akan perlahan jalan dalam
barisan melintang melintasi para hakim .
6.3.17
Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, pasukan di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
6.3.18
“buka barisan” (dalam perlahan jalan)
6.3.19
“pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
6.3.20
“pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
6.3.21
“tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
6.3.22
Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing” diberikan.
6.3.23
Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.
6.3.24
Skuad
akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon
E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E,
skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
6.3.25
Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
6.3.26
Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
6.3.27
Tukar
langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa
berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
6.3.28
Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
6.3.29
Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”.
6.3.30
Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
6.3.31
Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.
6.3.32
Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
6.3.33
Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, belakang......pusing”.
6.3.34
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
6.3.35
Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
6.3.36
Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
6.3.37
Mara
mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat
jalan”. (Ketua Pasukan akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
6.3.38
Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).
6.3.39
KAWAD FORMASI (SEKOLAH MENENGAH SAHAJA)
6.4
PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI
a)
Sebaik
sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan
membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.
b)
TIDAK
BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau
‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan (
hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.
c)
Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.
d)
Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.
e)
Setiap
skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. (
Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan
menghadap ke hadapan )
f)
Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.
g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur
tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan
sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.
g)
Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :
i)
Keluar kawasan
ii)
Memberi isyarat dll.
MELAPOR KELUAR
a)
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )
Catatan (1):
Semasa kawad statik, tidak ada suara dari anggota pasukan, hanya hukuman
Ketua Pasukan sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri,
kanan, kiri adalah TIDAK DIBENARKAN)
Ketua Pasukan memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad
semasa keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Pasukan akan
masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama pasukannya.
Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa sebarang alatan.
Isyarat tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa.
Ketua Pasukan dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.(Bahasa
hukuman : Assalamualaikum /Selamat pagi / petang tuan. Mohon kebenaran
menjalankan tugas lain …… tuan.)
kesimpulan:
kami dapat banyak informasi tentang bagaimanana hendak melakukan kawad statik dengan betul.